Activities of extraterritorial organizations and bodies
Shah Alam,Selangor
Full-time
MYR 2,700.00 - MYR 3,300.00
JOB DESCRIPTION
Pembangunan Dasar (50%)
Menyelaras Projek Pengarusperdanaan Gender (Gender Mainstreaming – GM) Negeri Selangor Tahun Ketiga.
Berkerjasama dengan Pengurus Kanan dan rakan kongsi strategik seperti konsultan, jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Selangor yang terlibat.
Membantu menyediakan bahan pembentangan, pengisian dan tempat latihan projek Projek Pengarusperdanaan Gender (Gender Mainstreaming – GM)
Menyediakan highlight dan laporan penuh Projek Pengarusperdaan Gender (Gender mainstreaming – GM) yang berkaitan.
Bertanggungjawab menyelaras dan melaksanakan seminar/forum/perbincangan meja bulat/konferens/ bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan dasar yang berkaitan dengan wanita dan keluarga.
Melaksanakan tugas-tugas penulisan dan penerbitan syarikat.
Memberikan bantuan pentadbiran dan dokumentasi serta lain-lain tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan syarikat.
Penyelidikan (20%)
Menyediakan data dan statistik berkaitan pembangunan wanita dan keluarga di Selangor*
Melaksanakan program penyelidikan (sedia ada dan baru) termasuk mereka bentuk kajian, pengutipan dan penganalisaan maklumat berkaitan pembangunan wanita Negeri Selangor.
Menjalankan penyelidikan asas (desktop research) dan kaji selidik berkaitan pembangunan wanita di Negeri Selangor
Menyediakan highlight dan laporan penuh penyelidikan/dasar yang berkaitan dan memproses hasil penyelidikan untuk penerbitan dan diseminasi Media & Komunikasi (20%)
Membantu dan menyokong menyampaikan mesej berkaitan dasar dan penyelidikan yang dilakukan oleh WBS (contoh media cetak, media online, TV, radio, majalah dll)
Menyokong pasukan dalam membangunkan strategi dan kandungan media sosial bagi penyelidikan dan dasar WBS
Lain-Lain (10%)
Menyokong dan membantu tugas-tugas jabatan yang bersifat ad-hoc sekiranya perlu.
Memastikan tanggungjawab sebagai kakitangan WBS dilaksanakan bersama-sama.
Melaksanakan tanggungjawab atau arahan yang releven dengan misi WBS KOMPETENSI YANG DIPERLUKAN.
Mahir menggunakan peralatan dan perisian penganalisaan dengan betul dan tepat dalam kerja-kerja penyelidikan.
Kemahiran melaksanakan penyelidikan asas dan pembangunan dasar yang baik.
Mempunyai bakat penulisan dan komunikasi yang baik merentasi pelbagai agensi dan pemegang taruh.
Pengetahuan mengenai kerja-kerja kajian penyelidikan dan pembangunan dasar khususnya berkaitan wanita dan keluarga Selangor.
Minat yang mendalam tentang penyelidikan dan pembangunan dasar berkenaan wanita dan keluarga di Selangor.
JOB REQUIREMENT
Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya (keutamaan diberikan dalam bidang Sains Sosial, Pengajian Gender, Ekonomi atau Pengurusan Dasar Awam).
Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangya dua (2) tahun dalam bidang berkaitan.
Wanita Berdaya Selangor
Level G, Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L, Section 15, Shah Alam, Selangor