JOB DESCRIPTION
- Menerima dan menyemak laporan pelaksanaan program oleh penyelia PWB mengikut ketetapan jadual serta memberi ulasan dan memastikan perbelanjaan mematuhi piawaian kewangan Syarikat serta selari dengan kelulusan di peringkat Pengurus UPPA dan Pengurus Kanan.
- Menyediakan laporan dan memo bayaran program PWB dan program Induk bagi tujuan pemprosesan pembayaran oleh Unit Kewangan dan Akaun WBS.
- Menyediakan laporan pelaksanaan program Penyelia PWB kepada Pengurus UPPA dan Pengurus Kanan bagi tujuan pembayaran elaun.
- Membuat pemantauan bersemuka secara fizikal program – program berdasarkan modul Pembangunan Kapasiti dan Kemahiran yang boleh menjana pendapatan Wanita di Kawasan DUN.
- Menyediakan laporan bulanan yang diperlukan atau laporan berkala mengikut keperluan pihak pentadbiran.
- Membantu menguruskan majlis rasmi Syarikat di dalam dan luar Syarikat serta melaksankan program induk WBS.
- Membantu melaksana dan menambah baik modul program Pusat Wanita Berdaya (PWB) bagi memastikan PWB berfungsi sebagai salah satu medium melatih dan melahirkan pemimpin Wanita di peringkat Kawasan DUN.
- Menyelaraskan dan mencadangkan penambah baikan system keperluan jurulatih dan tenaga pengajar yang komprehensif dan holistik.
- Memastikan pelaksanaan program PWB mencapai objektif jabatan dan misi serta visi Wanita Berdaya Selangor (WBS).
- Menghayati dan melaksanakan program bagi merealisasikan dasar- dasar Kerajaan Negeri Selangor.
- Bertanggungjawab melaksanakan lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
JOB REQUIREMENT
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengurusan dan pentadbiran atau yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Diploma dan memiliki sekurang-kurangnya setahun pengalaman dalam bidang pengurusan dan pentadbiran yang setaraf dengan jawatan.
Kompetensi Yang Diperlukan
- Pengalaman di dalam sains sosial dan kemasyarakatan.
- Mampu bekerja didalam pasukan dengan pendekatan berasaskan mutu kerja.
- Pengetahuan yang baik dalam tingkah laku organisasi dan pengurusan acara.
- Pemahaman asas mengenai dasar kepimpinan wanita di dalam masyarakat.
- Kemahiran cemerlang menggunakan aplikasi MS Office, G Suite.
- Berpengetahuan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan data.
- Komunikasi dan perhubungan kemanusian yang cemerlang.
- Kebolehan menyelesaikan masalah.