Overall statistics

50398

Created Resumes

63

Published Jobs
Back to Job Lists

Spray Plant Technician

Kerry Ingredients (M) Sdn Bhd

MYR 1,500.00 - MYR 1,600.00

JOB DESCRIPTION

  • Bertanggungjawab dalam mematuhi dan memenuhi polisi dan kehendak syarikat dengan mengikut prosedur amalan kerja ISO, HACCP, GMP, AIB selaras dengan status sebagai kilang pengeluar makanan.
  • Bertanggungjawab melaporkan diri kepada Penyelia Pengeluaran dalam syif.
  • Melaporkan diri kepada Juruteknik DCS semasa ketiadaan Penyelia Pengeluaran bertugas.
  • Menjadi contoh kepada operator pengeluaran dan pekerja kontrak dalam kebersihan diri, disiplin dan kepimpinan.
  • Bertanggungjawab dalam memastikan kawasan bilik pembungkusan beroperasi dengan cekap, selamat, bersih dan menepati syarat-syarat GMP.
  • Bertanggungjawab dan bekerjasama diantara penyelia, DCS technician, junior spray plant technician, operator dan pekerja kontrak dalam memastikan kilang dan aktiviti pembungkusan yang dijaga beroperasi dengan cekap dan selamat.
  • Bertanggungjawab dalam kerja-kerja menukar hose di heat box pada sambungan dan waktu yang ditetapkan serta memastikan kebersihan di kawasan sekitar heat box.
  • Memastikan line bersedia sebelum spray dilakukan termasuk pemeriksaan teliti pada heatbox.
  • Bertanggungjawab dalam kerja-kerja menukar dan mencuci ‘lance’, peralatan pengisian (filler) dan penyediaan bahan-bahan pembungkusan sebelum memulakan operasi pembungkusan.
  • Memastikan Junior Spray Plant Technician memantau dan memastikan metal detactor berfungsi serta merekodkan di dalam checklist pada masa yang ditetapkan.
  • Memastikan Junior Spray Plant Technician memeriksa black particle di dalam bagging room untuk semua line dan direkodkan di dalam checklist pada masa yang ditetapkan.
  • Mengendalikan Tititk CCP [critical control point] di bahagian produk siap [Finishing area].
  • Memastikan setiap checklist direkodkan dan ditandatangani pada masa yang ditetapkan. Contoh checklist adalah spray plant checklist, CCP checklist, weight checklist, sealing checklist, pasting verification, master cleaning checklist, toolbox checklist, humidity checklist dan sebagainya.
  • Memantau dan melakukan aktiviti-aktiviti meltdown, start up pasting dan soaping supaya ianya berjalan dengan selamat.
  • Memastikan Scrap coller room berada di dalam keadaan bersih setiap masa.
  • Memastikan semua aktiviti di bagging, pasting dan drumming berjalan dengan lancar dan sempurna.
  • Memastikan Junior Spray Plant Technician memantau dan melakukan aktiviti sieve test dan di rekod di dalam buku log. Laporkan sekiranya terdapat sebarang permasalahan.
  • Memastikan Junior Spray Plant Technician mengambil sampel proses dan produk siap dan menampal sticker dengan betul dan berurusan dengan makmal tentang pengujian sampel pada masa yang ditetapkan.
  • Membantu Penyelia dan Eksekutif bertugas dalam perkara berkaitan dengan keselamatan di dalam kilang. Menjadi ahli pasukan pemadaman api di dalam syif.
  • Memastikan setaip peralatan / perkakasan di palletizing dan bagging di dalam keadaan baik dan direkodkan pada masa yang ditetapkan.
  • Berurusan dengan Gudang dan bertanggungjawab keatas aliran kerja dengan Gudang dalam menerima dan megeluarkan bahan pembungkusan dan pengendalian produk separuh siap (WIP). Memastikan semua bahan pembungkusan yang digunakan adalah betul dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
  • Membantu penyelia di dalam menyelia pekerja kontrak di dalam operasi di kawasan palletizing, drumming dan bagging. Memastikan pekerja kontrak bekerja dan berehat pada waktu yang ditetapkan.
  • Mengeluarkan arahan kerja “work order” untuk pembaikan dan membantu kerja pembaikan apabila perlu. Bertanggungjawab dalam kebersihan kawasan kerja dan membantu kerja pembaikan apabila perlu.
  • Bertindak sebagai kordinator dan bertanggungjawab : ▪ Pemantauan aktiviti kerja pekerja kontraktor ▪ Pematuhan isu-isu keselamatan dan GMP oleh pekerja kontraktor.
  • Melaksanakan kerja-kerja lain apabila diarah atau diminta.


JOB REQUIREMENT

  • Minima Diploma Kejuruteraan atau setaraf dengannya.
  • SPM/SPMV atau 5 tahun pengalaman kerja.
  • Kilang penyulingan minyak sayuran.
  • Pernah bekerja didalam sektor penyulingan minyak sayuran/perkilangan dan suasana shif.
  • Berkemahiran dalam pengendalian trak angkat susun.

Kerry Ingredients (M) Sdn Bhd

Similar jobs from Kerry Ingredients (M) Sdn Bhd